Terminator: Genisys, filem cereka sains yang dilakonkan oleh Arnold Schwarzenegger baru-baru ini menghiasi kulit majalah AS, Empire dan gambar watak-watak utama dalam filem tersebut, termasuk Schwarzenegger, Emilia Clarke, J.K. Simmons juga turut dimuatkan dalam majalah tersebut.
Filem ini diarahkan oleh Alan Taylor yang pernah mengarahkan filem Thor: The Dark World.
Terminator: Genisys dijadualkan akan ditayangkan pada 1 Julai depan di AS dengan paparan 2D, 3D dan IMAX dan juga akan ditayangkan di China.