Cari:
Austria Mohon Anggotai AIIB
2015-03-25 15:31:12 CRI Cetak
Kerajaan Campuran Parti Demokratik Sosial dan Parti Rakyat Austria yang mengadakan mesyuarat tertutup semalam telah memutuskan akan memohon untuk menganggotai Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB).

Menurut laporan Agensi Berita Austria semalam, Kementerian Kewangan Austria yang ditauliahkan oleh kerajaan Austria akan mengambil bahagian dalam rundingan keanggotaan Austria dalam AIIB.

Difahamkan, jumlah peruntukan Austria kepada AIIB mungkin mencatat antara 30 juta hingga 50 juta Euro. Dari aspek diplomatik, AIIB akan memperkukuh hubungan Austria dengan China dan kawasan Asia, manakala dari aspek ekonomi, tindakan Austria itu akan menguntungkan perusahaan Austria di Asia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China