Cari:
Forum Asia Boao Anjurkan Pembentukan Komuniti Berkongsi Nasib
2015-03-25 13:42:28 CRI Cetak

Sidang tahunan Forum Asia Boao 2015 yang bertemakan "Masa Depan Asia: Menjejak Komuniti Berkongsi Nasib" akan diadakan di Bo'ao, provinsi Hainan China pada 26 hingga 29 Mac ini. Seramai lebih 2000 pemimpin daripada kalangan politik, ekonomi, keilmuan dan media akan menghadir sidang tersebut dan mengadakan perbincangan secara mendalam mengenai tema utama tersebut serta topik yang melibatkan pembangunan Jalur Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 (OBAOR), Komuniti ASEAN dan Komuniti Ekonomi Asia Timur.

Dengan menjunjung konsep bekerjasama dan mewujudkan situasi menang-menang, sidang tahunan kali ini akan menganjurkan negara dan kawasan Asia terus mencari dan memperluas kepentingan yang sama, membentuk komuniti berkongsi nasib yang saling menguntungkan dan hidup bersama agar kelebihan ekonomi yang saling melengkapi menjadi pemacu pembangunan antara satu sama lain.

Negara dan kawasan Asia kerap kali mencipta keajaiban pembangunan ekonomi, dan ini mengakibatkan kedudukan Asia dalam pola ekonomi dan politik antarabangsa meningkat dengan cepat. Walau bagaimanapun, pada tahun-tahun kebelakangan ini, tugas transformasi dan penaiktarafan ekonomi di Asia amat berat hinggakan masalah kemerosotan ekonomi dan tenaga penggerak perkembangan tidak mencukupi timbul di beberapa entiti ekonomi. Serentak itu, Asia sedang menghadapi ujian yang serius dalam bidang pemeliharaan keselamatan dan kesalingpercayaan politik serantau.

Memandangkan masa depan pembangunan ekonomi dunia yang amat tidak menentu, perubahan yang besar dari segi order ekonomi dan corak tadbir urus dunia serta hubungan antarabangsa, negara dan kawasan Asia yang mempunyai tamadun, sistem dan kaedah pembangunan yang pelbagai jenis perlu mengetepikan pertentangan untuk mewujudkan kemakmuran bersama dan berkongsi nasib dengan memperluas kepentingan yang sama.

Sekarang konsep kerjasama serantau Asia telah diperkukuh dan trend pembangunannya amat kuat, terutamanya gagasan pembangunan OBAOR yang dicadangkan oleh China menyediakan peluang yang penting bagi menggalakkan kesalinghubungan, kewujudan saling melengkapi sumber dan perkongsian keuntungan di rantau Asia. Selain itu, penubuhan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) juga mencapai kemajuan yang substantif, bank ini akan menyediakan penyelesaian masalah yang melibatkan pengumpulan dana dan pembinaan infrastruktur di rantau Asia.

Tenaga penggerak yang dilakhir dalam proses mewujudkan integrasi ekonomi rantau Asia adalah enjin yang penting bagi proses pemulihan ekonomi Asia bahkan dunia, tentu akan lebih memanfaatkan rakyat Asia sekali gus memberikan faedah kepada pembangunan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China