Cari:
BFA 2015 Tubuh Subforum Baharu
2015-03-26 12:52:11 CRI Cetak
Sidang tahunan 2015 Forum Asia Boao (BFA) akan diadakan di Boao, provinsi Hainan China pada 26 hingga 29 Mac nanti. Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri majlis perasmian dan menyampaikan ucaptama.

Seramai 16 orang pemimpin China dan negara asing, serta lebih 80 orang pegawai peringkat menteri dijangka akan menghadiri sidang tersebut. Ini termasuk Presiden Indonesia, Joko Widodo, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Tanasak Patimapragorn.

Dimaklumkan, sidang tahunan ini akan menubuhkan subforum "Komuniti ASEAN: Titik Permulaan Baharu Integrasi". Menteri Luar China, Wang Yi, akan menyampaikan ucapan mengenai Komuniti ASEAN. Pemimpin-pemimpin dari pelbagai negara akan bersama-sama membincangkan peluang dan cabaran yang dihadapi oleh Komuniti ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China