Cari:
Nahas A320: Perancis Ikrar Jalan Siasatan Rapi
2015-03-26 13:01:20 CRI Cetak
Perancis akan sedaya upaya melakukan siasatan terhadap nahas pesawat Germanwings 4U 9525 yang terhempas di Banjaran Alps.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Francois Hollande dalam sidang media yang diadakan bersama-sama dengan pemimpin Jerman dan Sepanyol.

Hollande, Canselor Jerman, Angela Merkel dan Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy semalam tiba di bandar Seyne yang berhampiran tempat pesawat Airbus A320 terhempas untuk mendengar laporan tentang operasi mencari dan menyelamat.

Hollande berjanji akan bertungkus-lumus mencari dan mengenal pasti semua mayat untuk diserahkan kepada keluarga mangsa.

Sebuah pesawat Airbus A320 milik syarikat penerbangan tambang rendah Germanwings dilaporkan berhampiran sebuah pusat peranginan ski di Banjaran Alps, selatan Perancis pada 24 Mac waktu tempatan. Kesemua 144 orang penumpang dan 6 orang anak kapal dikhuatiri terkorban dalam nahas itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China