Strategi keselamatan negara yang dikemukakan oleh kerajaan AS menunjukkan kemungkinan AS akan melancarkan "revolusi warna" di Rusia. Kenyataan itu dibuat dalam artikel yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Persekutuan Rusia dalam lawan sesawangnya semalam.
Menurut artikel tersebut, AS kini giat memperkenalkan kaedah "revolusi warna" untuk menggulingkan rejim politik yang tidak dikehendaki mereka, termasuk Rusia. AS dijangka terus memencilkan Rusia di arena global. Ini termasuk menyekat eksport sumber tenaga Rusia dan menguasai pelbagai bahagian pasaran Rusia dalam bidang ketenteraan.