Cari:
Rundingan Isu Nuklear Iran Disambung Semula
2015-03-27 16:21:22 CRI Cetak
Selepas tertangguh selama lima hari, rundingan enam pihak yang terlibat dengan isu nuklear Iran diadakan semula di Lausanne, Switzerland demi mencapai satu perjanjian menjelang penghujung Mac ini.

Di samping itu, Pejabat Presiden Perancis mengumumkan, Presiden Perancis, Francois Hollande dan Presiden Iran, Hassan Rouhani telah membincangkan isu nuklear Iran menerusi telefon semalam. Hollande menegaskan Iran mempunyai hak yang sah dalam menggunakan tenaga nuklear secara damai. Oleh itu, pelbagai pihak perlu bekerjasama untuk mencapai satu perjanjian yang kekal, berkesan dan boleh diperiksa, di samping menjamin Iran tidak memperoleh senjata nuklear.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China