Cari:
Media Serantau Tandatangan "Inisiatif Laluan Sutera"
2015-03-27 09:23:40 CRI Cetak

Pemimpin media dari pelbagai negara menurunkan tandatangan pada skrol "Inisiatif Laluan Sutera" di Boao, provinsi Hainan pada 26 Mac lalu. Mereka komited membentuk mekanisme interaksi berkala, merancakkan pertukaran tenaga profesional, serta mewujudkan perkongsian maklumat dan model kerjasama baharu antara media-media serantau.

Konsensus tersebut dicapai dalam Mesyuarat Meja Bulat Pemimpin Media yang diadakan sempena sidang tahunan 2015 Forum Asia Boao. Mesyuarat itu dihadiri oleh 21 orang pemimpin media dari 17 buah negara.

Semasa berucap dalam mesyuarat itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Dewan Negara China, Jiang Jianguo berakta, strategik pembangunan "Satu Jalur dan Satu Laluan"(OBAOR) bukan sahaja menyediakan semakin peluang kerjasama dengan negara-negara di sepanjang laluan tersebut, tetapi juga menyediakan wadah kerjasama yang lebih luas kepada media serantau.

Sebagai  pihak penganjur, Radio Antarabangsa China(CRI) menyatakan hasrat supaya media-media serantau membentuk pola kerjasama yang terbuka, sama rata dan inklusif ke arah mewujudkan pembangunan yang saling berkongsi dan saling menguntungkan.

    

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China