Cari:
Merkel Mahu Siasat Penuh Nahas 4U 9525
2015-03-27 15:28:21 CRI Cetak

Canselor Jerman, Angela Merkel semalam berkata tragedi pesawat Germanwings 4U 9525 kini dalam situasi yang sukar difahami. Jerman akan menumpukan segala usaha untuk menyiasat punca nahas udara tersebut.

Pengerusi Lufthansa Airlines, Carsten Spohr dalam sidang akhbar semalam menjelaskan, pembantu juruterbang pesawat tersebut, Andreas Lubitz telah lulus semua ujian dan pemeriksaan serta mempunyai seratus peratus kelayakan untuk memandu pesawat. Pihaknya berasa terkejut apabila dimaklumkan pembantu juruterbang itu disyaki menyebabkan pesawat terhempas dengan sengaja.

Pendakwa raya dari Perancis, Brice Robin semalam berkata, pembantu juruterbang bersendirian dalam kokpit pesawat dan menolak untuk membuka pintu untuk kapten, apabila pesawat berkenaan terhempas. Pembantu juruterbang tersebut "ternyata mempunyai niat" untuk memusnahkan pesawat. Beliau menambah, nahas itu tidak disifatkan sebagai serangan ganas sehingga kini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China