Sidang tahunan Forum Asia Boao yang berlangsung selama empat hari dirasmikan di Boao, provinsi Hainan China semalam. Presiden China, Xi Jinping menghadiri majlis perasmian itu dan menyampaikan ucapan. Dalam tempoh sidang ini, forum mengenai isu Komuniti ASEAN turut akan diadakan. Bekas pemimpin negara Asia Tenggara dan pakar yang akan menyertai forum itu menganggap bahawa Forum Boao antara forum yang paling penting di dunia sekarang, dan pengaruhnya semakin besar.
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi ketika diwawancara oleh wartawan menyatakan bahawa pada tahun-tahun kebelakangan ini, pembangunan ekonomi Asia mengekalkan trend yang baik dan semakin berkembang menjadi salah satu enjin ekonomi global. Oleh yang demikian Asia sepatutnya lebih banyak mengambil bahagian dalam pengurusan hal ehwal dunia. Forum Asia Boao menyediakan platform yang luas untuk keperluan Asia itu. Negara-negara Asia telah mencapai persepakatan melalui kerjasama dan interaksi dalam jangka masa panjang, iaitu pelbagai negara walaupun mempunyai sejarah dan tradisi budaya yang berbeza, tetapi sekarang mempunyai keperluan dan hasrat yang sama terhadap pembangunan ekonomi, konsep Komuniti Berkongsi Nasib memang dikemukakan pada waktu yang tepat.
Badawi menyatakan bahawa meninjau kembali proses pembangunan ASEAN, kita dapat mengetahui bahawa negara-negara ASEAN mempunyai keistimewaan sendiri dalam bidang situasi ekonomi dan sistem politik. Mekanisme ASEAN pernah menghadapi banyak masalah dan cabaran pada masa baru dibentukkan, tetapi negara ASEAN yakin konsep dan mekanisme kerjasama serantau adalah tepat, perselisihan dapat diselesaikan secara rasional dan perkembangan bersama dapat diwujudkan melalui rangka itu. Hal ini turut dibuktikan dalam fakta sejarah. Pengalaman sejarah juga akan membuktikan bahawa kerjasama secara menyeluruh di rantau Asia berdasarkan konsep Komuniti Berkongsi Nasib akan membawa peluang dan kesejahteraan kepada negara-negara Asia.
Badawi menambah bahawa setiap negara perlu memikul tanggungjawab sendiri dan memainkan peranan sendiri dalam usaha menggalakkan penubuhan Komuniti Berkongsi Nasib. Forum Asia Boao akan menyediakan platform kepada kita untuk membincangkan kaedah untuk membangunkan komuniti itu dengan lebih pesat, lancar dan berkesan.
Pengerusi Institut Kerjasama dan Damai Kemboja yang juga bekas Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Kemboja, Norodom Sirivudh menyatakan bahawa beliau akan menghadiri forum mengenai isu Komuniti ASEAN untuk membincangkan hubungan antara pelbagai negara ASEAN dengan negara besar di dunia terutamanya dengan China.
Setiausaha Eksekutif Persatuan Persahabatan Brunei-China Brunei Darrusalam, Pengestu menyatakan bahawa China merupakan penggerak asas untuk menggariskan hala tuju pembangunan Asia pada masa depan dan China juga memainkan peranan yang paling penting di Asia. Beliau menanti-nantikan China memaparkan keberanian yang lebih besar untuk menunjukkan arah perkembangan yang lebih jelas kepada Asia dalam forum kali ini.