Sidang Tahunan 2015 Forum Asia Boao Dirasmikan di Boao, provinsi Hainan pagi ini. Presiden China, Xi Jinping menghadiri majlis perasmian tersebut dan menyampaikan ucapan tema.
Xi berkata, tema sidang tahunan Forum Asia Boao 2015 iaitu "Masa Depan Asia: Mara ke Komuniti Berkongsi Nasib" ditentukan pada saat yang tepat. Ia bukan sahaja mempunyai makna praktikal yang penting, tetapi juga mempunyai makna sejarah bagi jangka masa panjang. Beliau berharap semua hadirin dapat berbincang terus-terang untuk menyumbang kebijaksanaan tersendiri demi keamanan dan pembangunan Asia dan Dunia.
Majlis perasmian hari ini dipengarusikan oleh Setiausaha Agung Forum Asia Boao, Zhou Wenzhong, manakala Ketua Majlis Forum Asia Boao, Tasuo Fukuda menyampaikan ucapan sambutan. Menurut agenda berkenaan, lebih 10 orang pemimpin negara asing masing-masing menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian tersebut.