Cari:
Presiden Xi Berikan Penghormatan kepada Mendiang Lee Kuan Yew
2015-03-28 15:08:51 CRI Cetak

Singapura akan mengadakan upacara pengebumian negara untuk mantan Perdana Menteri Lee Kuan Yew pada 29 Mac nanti. Presiden China, Xi Jinping di Boao, provinsi Hainan hari ini memberikan penghormatan tinggi kepada semua pemikir besar yang memberi sumbangan untuk keamanan dan pembangunan Asia termasuk mendiang Lee Kuan Yew.

Ketika menyampaikan ucapan tema dalam majlis perasmian sidang tahunan 2015 Forum Asia Boao, Xi menegaskan, mengimbang kembali sejarah selama 70 tahun lalu, kemajuan Asia yang tercapai sehingga masa sekarang tidak terlepas daripada perjuangan rakyat pelbagai negara Asia untuk generasi demi generasi, dan usaha ramai ahli politik serta orang bijaksana. Mendiang Lee merupakan ahli strategi dan politik yang dihormati oleh masyarakat antarabangsa. Beliau memberi sumbangan cemerlang untuk keamanan dan pembangunan Asia serta pertukaran dan kerjasama Asia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China