Cari:
Beratus-ratus Serpihan Pesawat 4U9525 Germanwings Ditemui
2015-03-28 15:11:33 CRI Cetak

Terdapat 400 hingga 600 buah serpihan ditemui di lokasi nahas udaha pesawat 4U9525. Namun, tiada jenazah yang ditemui lengkap.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap tentera Perancis dalam sidang media semalam di pekan Seyne berhampiran lokasi terhempasnya pesawat 4U9525 Germanwings.

Menurut jurucakap itu, penyelamat Perancis sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat yang sangat teliti. Kini, operasi mencari dan menyelamat di lokasi nahas udara itu masih amat berbahaya. Pihak Perancis menghantar kakitangan yang berpengalaman di kawasan gunung untuk menjaga keselamatan pakar pencari.

Tambah beliau, pengenalpastian jenazah menjadi kerja utama seterusnya. Pihaknya juga mengatur sekumpulan pakar psikologi untuk memberikan bantuan psikologi kepada anggota keluarga mangsa.

Syarikat Penerbangan Lufthansa Jerman semalam menyatakan, pihaknya telah mulai menyediakan bantuan modal terhadap keluarga mangsa. Mereka boleh mendapat terbanyak 50 ribu euro. Tindakan tersebut bertujuan untuk menyediakan "bantuan kegemasan" kepada keluarga mangsa. Dan wang itu hanya "bayaran permulaan". Syarikat Lufthansa juga akan berturut bertanggungjawab "bahagian yang perlu dibayar".

Pada hari yangsama, Persatuan Pengangkutan Penerbangan Jerman (GATA) mengeluarkan kenyataan bahawa pelbagai syarikat penerbangan Jerman, Kementerian Pengangkutan Persekutuan dan Jabatan Penerbangan Awam Persekutuan Jerman mencapai persepakatan untuk menetapkan "peraturan dua orang", iaitu mesti terdapat dua orang anak kapal sekali di dalam kokpit.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China