Cari:
Rusia, Australia, Denmark Mohon Anggtai AIIB
2015-03-29 15:23:38 CRI Cetak

Rusia, Australia, dan Denmark semalam masing-masing menyatakan akan memohon untuk menganggotai Bank Pelaburan Infrastruktur ASEAN (AIIB). Pada hari yang sama, Belanda, Brazil dan Georgia secara rasmi mengemukakan pemohonan untuk menganggotai AIIB sebagai negara pengasas yang berkeinginan.

Dalam sidang tahunan Forum Asia Boao 2015 semalam, Timbalan Perdana Menteri pertama Rusia, Idor Ivanovich Shuvalov, mengumumkan, Presiden Rusia, Vladimir Putin, telah memutuskan negaranya akan memohon untuk menganggotai AIIB. Rusia mengalu-alukan inisiatif China berhubung Jalur Ekonomi Laluan Sutera, dan akan menyertai program kerjasama secara aktif.

Menteri Kewangan Australia, Mathias Coleman ketika menyertai forum berkenaan semalam mengumumkan, Australia sudah memutuskan untuk mengemukakan permohonan bagi menganggotai AIIB sebagai negara pengasas.

Kerajaan Denmark semalam mengumumkan akan memohon untuk menganggotai AIIB. Duta Besar Denmark ke China, Eriis Arne Petersen berkata, penubuhan AIIB akan mendorong perkembangan ekonomi kawasan Asia secara berterusan, dan juga menyediakan peluang kepada Denmark untuk menyertai program pembasmian kemiskinan di kawasan Asia. Tambah beliau, Denmark akan menjadi negara pengasas AIIB yang pertama dari Eropah utara.

Menurut statistik media berkenaan, setakat ini, jumlah negara pengasas AIIB yang berkeinginan, negara yang telah mengemukakan permohonan dan negara yang mengumumkan akan memohon untuk menganggotai AIIB telah mencecah 42 buah.

Tarikh akhir bagi mengemukakan permohonan untuk menjadi negara pengasas AIIB adalah pada 31 Mac ini. Negara-negara yang belum mengemukakan permohonan selepas tarikh itu boleh juga menganggotai AIIB dengan status biasa pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China