Cari:
Xi Jinping Temui Anggota Lembaga Pengarah Forum Asia Boao
2015-03-29 17:43:40 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menemui anggota Lembaga Pengarah Forum Asia Boao Ke-4 di Boao, Provinsi Hainan hari ini.

Xi dalam pertemuan itu memberikan penghargaan yang tinggi kepada peranan istimewa yang dimainkan oleh Forum Asia Boao dalam menerajui pembangunan dan meningkatkan prestasi Asia, di samping mendorong kerjasama dan pertukaran antara China dengan dunia.

Xi menegaskan bahawa China akan terus mengamalkan dasar luar yang bersahabat dengan negara jiran serta strategi pintu terbuka yang saling menguntungkan. Dalam konteks ini, gagasan pembangunan "Jalur Ekonomi Jalan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abab Ke-21"(OBAOR) antara pendekatan yang penting bagi memperluas tahap keterbukaan dan mengintensifkan kerjasama ekonomi dengan pelbagai negara serantau.

Pertemuan itu dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Forum Asia Boao, Yasuo Fukuda, Mantan Perdana Menteri Pakistan, Shaukat Aziz, Mantan Perdana Menteri Perancis, Jean-Pierre Raffarin, Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan anggota-anggota Lembaga Pengarah yang lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China