Wang Yi menyatakan bahawa kini, rundingan isu nuklear Iran dalam fasa yang kritikal, semua pihak yang terlibat patut memainkan peranan yang positif bagi menjayakan rundingan tersebut dengan secepat mungkin.
Menteri-menteri luar negara lain berpendapat rundingan isu nuklear Iran menghadapi peluang penting pada ketika ini berikutan usaha-usaha bersama yang dilakukan oleh semua pihak yang terlibat. Semua pihak harus terus memperkukuh konsensus, mengatasi kesukaran, sekali gus mendorong rundingan tersebut mencapai kemajuan pada masa depan.