Forum Asia Boao telah menambah lima anggota baharu dewan forum tersebut. Demikian dinyakan Setiausaha Forum Asia Boao, Zhou Wenzhong, dalam majlis penutupan forum itu di Boao, provinsi Hainan semalam.
Zhou Wenzhong menyatakan bahawa tempoh perkhidmatan dewan Forum Asia Boao akan dilanjutkan sehingga tahun 2018. Lima anggota baharu itu termasuk mantan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, mantan Perdana Menteri New Zealand, Alex Shipley, mantan Perdana Menteri Pakistan, Shaukat Aziz, mantan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Sathirathai Surakiart dan Naib Gabenor Tetap Provinsi Hainan, Mao Chaofeng.