Kerajaan China mengambil tindakan untuk memelihara keselamatan rakyat China di Yemen berikutan situasi di negara itu semakin serius. Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying, menyatakan di Beijing hari ini bahawa pihak Tentera Laut China sudah pun diarahkan ke Yemen untuk memindahkan rakyat China di negara itu. Pada masa ini, kumpulan pertama yang berjumlah 122 orang telah berjaya dipindahkan ke Djibouti.
Hua Chunying menyatakan bahawa Duta Besar China ke Yemen, Tian Qi, dan pekerja yang lain masih meneruskan tugas mereka di Yemen bagi memastikan kira-kira 400 warga China yang masih terkandas di negara itu dapat dibawa pulang ke tanah air secepat mungkin.