Demikian dinyatakan oleh jurucakap tentera Arab Saudi semalam.
Jurucakap itu berkata, Arab Saudi dan negara bersekutu yang lain telah melancarkan pengeboman terhadap sekurang-kurangnya sembilan buah provinsi daripada 21 provinsi Yemen. Dalam tempoh dua hari yang lalu, sasaran utama serangan angkatan tentera bersekutu ialah kumpulan militan Houthi yang berniat untuk menduduki Aden, selatan Yemen dan penyokong bekas Presiden, Ali Abdullah Saleh.
Pada hari yang sama, Kementerian Pertahanan Negara Yemen mengesahkan bahawa jet pejuang Arab Saudi dan negara bersekutu tersilap mengebom sebuah kem pelarian di Hajjah, barat laut Yemen dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 orang maut dan lebih 25 lagi cedera.