Cari:
Wang Yi Kemukakan Cadangan Berhubung Isu Nuklear Iran
2015-04-01 16:31:39 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi menghargai kemajuan yang dicapai dalam mesyuarat Menteri Luar mengenai isu nuklear Iran dan mengemukakan empat cadangan mengenai rundingan nuklear Iran.

Wang ketika diwawancara oleh media China semalam menyatakan bahawa kini, masih terdapat tiga bulan sebelum tarikh akhir bagi rundingan damai tersebut.

Empat cadangan yang dikemukakan oleh China berhubung dengan rundingan fasa selanjutnya ialah pertama, meningkatkan panduan politik. Isu nuklear Iran sebenarnya merupakan isu keselamatan politik. Kedua, pelbagai pihak yang terlibat dalam rundingan mesti mencapai kata sepakat dalam isu-isu yang berkenaan pada fasa terakhir. Ketiga, pelbagai pihak perlu memikul tanggungjawab dan kewajipan yang sewajarnya untuk menggalakkan isu berkenaan diselesaikan secara berperingkat. Keempat, pelbagai pihak harus berfikir secara kreatif bagi mempertimbangkan rancangan penyelesaian.

Tegas beliau, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) perlu memainkan peranan yang amat penting bagi mendorong rundingan damai mencapai kejayaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China