Cari:
Lufthansa Airlines: Andreas Lubitz Pernah Hidap Penyakit Kemurungan Teruk
2015-04-01 14:56:40 CRI Cetak

Syarikat Penerbangan Lufthansa Jerman mengeluarkan kenyataan semalam yang menyatakan bahawa pembantu juruterbang Germanwings 4U 9525, Andreas Lubitz dalam tempoh pengajian di institut penerbangan syarikat tersebut pada tahun 2009 pernah memberitahu pihak institut bahawa beliau pernah menghidap penyakit kemurungan yang teruk.

Menurut kenyataan tersebut, Syarikat Penerbangan Lufthansa telah menyerahkan maklumat tambahan mengenai Andreas Lubitz yang menerima latihan di institut tersebut dan dokumen kesihatan beliau kepada Jabatan Pendakwaan Duesseldorf supaya siasatan mengenai nahas Germanwings 4U 9525 dapat dijalankan dengan cepat dan sempurna.

Kenyataan tersebut turut menyebut bahawa Andreas Lubitz pernah menghentikan pengajiannya di institut tersebut selama beberapa bulan. Dokumen kesihatan berkenaan selepas itu membuktikan beliau layak melakukan penerbangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China