Cari:
Ban Ki-moon Bimbang akan Kematian dan Kecederaan Rakyat Yemen
2015-04-01 15:47:45 CRI Cetak

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, mengeluarkan kenyataan melalui jurucakapnya semalam untuk menyampaikan kebimbangan terhadap kematian dan kecederaan rakyat Yemen akibat tindakan ketenteraan.

Ban Ki-moon mengingatkan pelbagai pihak yang menyertai tindakan ketenteraan di Yemen perlu mematuhi Undang-undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa untuk memastikan keselamatan rakyat. Beliau menegaskan hospital dan kemudahan perubatan lain dilindungi khas oleh undang-undang antarabangsa serta menegaskan peri pentingnya penyelesaian konflik secara damai.

Pada hari yang sama, jurucakap pasukan tentera Arab Saudi menyatakan bahawa pihaknya dan negara bersekutu lain tidak akan menghantar tentera darat ke Yemen sekarang walaupun telah membuat persiapan untuk menyertai pertempuran. Jurucakap itu menambah bahawa tentera Arab Saudi telah membuat rancangan operasi ketenteraan yang lengkap.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China