Kementerian Kewangan China mengumumkan semalam bahawa Sidang Perunding ke-3 Penubuhan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) telah diadakan di Almaty, Kazakhastan pada 30-31 Mac lalu. Sidang tersebut mengalu-alukan negara Jordan, Luxembourg, Britain dan Switzerland menjadi negara anggota pengasas AIIB, di samping menjalankan perbincangan yang mendalam dan berkesan mengenai Draf Piagam AIIB yang disediakan oleh sekretariat sementara pelbagai pihak.
Menurut maklumat berkenaan, ketua setiausaha sekretariat sementara pelbagai pihak, Jin Liuqun, dalam sidang itu telah membentangkan laporan kemajuan kerja persiapan penubuhan AIIB. Sebelum sidang tersebut, sekretariat juga telah mengadakan seminar untuk menyediakan laporan struktur tadbir urus, rangka persekitaran dan sosial serta dasar pemerolehan AIIB kepada para peserta.
Menurut rancangan, piagam AIIB dijangka akan ditetapkan dan ditandatangani pada pertengahan tahun ini, dan AIIB akan ditubuhkan secara rasmi menjelang penghujung tahun ini selepas piagam tersebut diluluskan oleh pelbagai negara anggota.