Tentera Iraq Menawan Semula Tikrit
Pegawai Iraq menyatakan semalam bahawa selepas membebaskan Tikrit provinsi Salaheddin pada 31 Mac lalu, tentera Iraq meneruskan operasi membanteras kumpulan militan Negara Islam(IS) bandar itu semalam.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Iraq, Mohammed al-Ghabban memberitahu wartawan sepasukan tentera Iraq sedang melakukan serangan terhadap kubu terakhir IS di kawasan utama bandar itu. Beliau menyatakan bahawa pasukan tentera dan polis Iraq sedang menanggalkan sejumlah besar bahan letupan yang dipasang oleh militan IS. Selepas tugas tersebut selesai, polis bandar itu akan meneruskan tugas menjaga keselamatan bandar serta menubuhkan jawatankuasa khas untuk membantu pelarian yang pulang ke bandar itu.
Menteri Pertahanan Iraq, Khalid al-Obiedi mengeluarkan kenyataan semalam yang menyatakan bahawa misi pasukan tentera seterusnya adalah untuk membebaskan provinsi Anbar dan Neynewa.
Menurut laporan lain, konflik dan serangan keganasan yang berlaku di Iraq pada bulan Mac lalu telah mengakibatkan sekurang-kurang 997 orang mati dan 2172 lagi cedera.