Presiden Syarikat Penerbangan Lufthanse, Carsten Spohr menyatakan bahawa siasatan punca nahas Germanwings 4U 9525 masih memerlukan masa.
Demikian dinyatakan beliau ketika menyampaikan ucapan takziah kepada mangsa nahas itu di depan tugu peringatan yang dibina di Kampung Le Vernet, kawasan pergunungan Alps Perancis semalam. Beliau juga menolak untuk mengulas hal keadaan mental penolong juruterbang pesawat tersebut.