Cari:
Tingkatkan Kerjasama dalam Pembinaan "Satu Jalur, Satu Laluan"
2015-04-02 15:26:27 CRI Cetak

Pihak berkuasa China mengemukakan "Gagasan dan Tindakan bagi Memperkasakan Bersama-sama Jalur Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21" (satu jalur satu laluan) pada minggu yang lalu. Bagaimana meningkatkan kerjasama dan komunikasi antara negara-negara yang berkaitan amat menarik perhatian umum.

Pegawai dari Jabatan Kumpulan Pimpinan Kerja Pembinaan "Satu Jalur Satu Laluan" berkata, taraf pembangunan di negara-negara yang terbabit berbeza-beza dan sama juga permintaan mereka tentang memanfaaftkan pembangunan "Satu Jalur Satu Laluan" . Pertukaran dan komunikasi dasar merupakan jaminan yang penting bagi pembinaan 'Satu Jalur Satu Laluan". Lawatan peringkat tinggi akan membantu meningkatkan komunikasi dasar. Selain itu, negara-negara berkaitan perlu memperkasakan kerjasama bilateral dan pelbagai hala, membina mekanisme pertukaran dasar pelbagai peringkat antara kerajaan, meningkatkan dialog dasar dan muafakat, memperdalam kerjasama ekonomi, meningkatkan kepercayaan politik serta mencapai kata sepakat baharu.

Kesalinghubungan infrastruktur merupakan bidang yang diutamakan dalam pembinaan "satu jalur satu laluan". Negara-negara yang terlibat perlu meningkatkan rancangan pembinaan infrastruktur dan penyatuan sistem piawaian teknikal serta membina bersama-sama laluan utama antarabangsa. Selain itu, jaringan infrasturktur yang menyambungkan pelbagai sub kawasan di Asia serta antara Afrika dengan Eropah perlu dibina secara beransur-ansur. Kesan perubahan iklim perlu diberi perhatian yang tinggi dalam pembinaan "satu jalur satu laluan", dan akhirnya pembangunan dan pengurusan infrastruktur yang rendah karbon pula perlu dipertingkatkan.

Negara-negara yang terlibat perlu menumpukan perhatian untuk meningkatkan kerjasama dalam tiga bidang, iaitu infrastruktur lalu lintas, sumber tenaga dan telekomunikasi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China