Cari:
China Harap AS Patuhi Prinsip Kenyataan Bersama China-AS
2015-04-03 11:39:21 CRI Cetak

F/A-18 Hornet

Dua buah jet pejuang AS dilaporkan melakukan pendaratan cemas berikutan masalah teknikal di lapangan terbang Tainan Taiwan baru-baru ini. Sehubungan dengan itu, jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media semalam mengeluarkan bantahan kepada pihak AS. Beliau menyatakan bahawa China menuntut AS mematuhi prinsip China dan Kenyataan Bersama China-AS, menangani masalah yang berkenaan dengan berhati-hati bagi mengelakkan perkara seumpama itu daripada berulang.

Menurut laporan media Taiwan, dua jet pejuang tentera laut AS F/A-18 Hornet melakukan pendaratan cemas berikutan masalah enjin selepas mendapat pengesahan jabatan pentadbiran penerbangan awam Taiwan. Pegawai tentera Taiwan menyatakan bahawa AS akan menghantar pakar untuk membaik pulih jet tersebut tetapi tarikhnya masih belum ditetapkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China