Cari:
Rangka Penyelesaian Isu Nuklear Iran Dicapai
2015-04-03 13:31:07 CRI Cetak

Enam negara yang terlibat dengan isu nuklear Iran termasuk AS, Britain, Perancis, Rusia, China dan Jerman serta Kesatuan Eropah dan Iran telah membentuk rangka penyelesaian semalam, sebagai langkah seterusnya untuk mencapai perjanjian komprehensif akhir.

Ketua Polisi Hal Ehwal Luar dan Keselamatan, Kesatuan Eropah (EU), Federica Mogherini dan Menteri Luar Iran, Hassan Rouhani bersama-sama mengeluarkan kenyatakan di Lausanne Switzerland semalam. Kenyataan tersebut menyatakan bahawa semua pihak yang terlibat telah membuat ketetapan untuk menyekat skala dan pengedaran nuklear, keupayaan dalam pengayaan uranium dan penyimpanan bahan nuklear di Iran, mencadangankan masyarakat antarabangsa membantu Iran agar menggunakan teknologi nuklear untuk tujuan damai. Selain itu, berjanji akan menghentikan pelaksanaan sekatan ekonomi AS dan Kesatuan Eropah terhadap Iran serta ketetapan berhubung sekatan yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China