Cari:
China Pecut Kerjasama Perindustrian Antarabangsa
2015-04-04 15:12:43 CRI Cetak

China akan memecutkan pengeksportan kelengkapan ke luar negara dan mengusahakan kerjasama perindustrian antarabangsa demi menggerakkan transformasi ekonomi dan memanfaatkan dasar buka pintu.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China Li Keqiang pada satu simposium yang dihadiri pegawai kanan dan pengurus syarikat milik negara di Beijing semalam.

Li berkata, ekonomi China yang kini berada pada fasa transformasi berhadapan dengan banyak peluang baharu malah cabaran. Demi mewujudkan pertumbuhan sederhana tinggi, pelaksanaan dasar buka pintu perlu terus dipergiatkan. Selain mengusahakan penyusunan semula struktur perdagangan luar dan meningkatkan keefisienan penggunaan modal asing, langkah-langkah mengeksport kelengkapan buatan China dan menjayakan kerjasama perindustrian antarabangsa juga perlu dipacu, kerana inilah pendekatan mustahak dalam menaiktarafkan ekonomi nasional.

Beliau mengetengahkan beberapa cadangan yang dapat membantu merealisasikan kesemua matlamat tersebut, antaranya termasuk memperluas saluran penggunaan rizab mata wang asing, memanfaatkan fungsi pinjaman, menyempurnakan jaringan kewangan China di seberang laut, meningkatkan kadar liputan insurans kredit eksport dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China