Cari:
Setiausaha Pertahanan A.S. Melawat Jepun dan RoK Minggu Depan
2015-04-04 14:50:05 CRI Cetak

Jabatan Pertahanan A.S. mengumumkan semalam, setiausahanya Ashton Carter akan melakukan lawatan ke Jepun dan Republik Korea (RoK) minggu depan serta akan menghadiri Dialog Shangri-La yang diadakan di Singapura pada bulan Mei.

Jabatan itu menyatakan bahawa Carter akan tiba di Jepun pada malam 7 April. Dalam tempoh dua hari berikutnya, Carter dan pegawai kanan Jepun akan mengadakan mesyuarat untuk membicangkan pemindaan Garis Panduan Kerjasama Pertahanan Jepun-A.S..

Selepas lawatan ke Jepun berakhir, Carter akan memulakan lawatan ke RoK pada 9 April. Carter dan pegawai kanan RoK akan membincangkan isu serantau dan Carter akan menegaskan lagi komitmen A.S. terhadap keselamatan RoK.

Pada bulan Mei nanti, Carter akan melawat lagi ke Asia dengan tujuan membina dan memperkukuh hubungan rakan antara A.S. dengan negara Asia Tenggara dan Asia Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China