Pengerusi bergilir bagi Majlis Keselamatan pada bulan ini, yang juga wakil tetap Jordan ke PBB, Dina Kawar menyatakan rasa bimbang terhadap situasi kemanusiaan di Yemen dan menegaskan lagi peri pentingnya pelaksanaan resolusi Majlis Keselamatan tentang isu negara itu.
Majlis Keselamatan PBB semalam bermesyuarat tergempar untuk melakukan perbincangan tidak rasmi mengenai situasi kemanusiaan di Yemen atas tuntutan Rusia. Kawar selepas mesyuarat itu memaklumkan, Rusia menyebarkan satu draf resolusi berkaitan penggantungan serangan udara terhadap Yemen oleh negara termasuk Arab Saudi kepada anggota-anggota Majlis Keselamatan. Menurut beliau, anggota berkenaan memerlukan masa untuk mempertimbangkan draf itu dan dijangka mencapai konsensus sebelum 6 Mac nanti.
Kini, situasi di Yemen semakin memburuk sehingga mencetuskan krisis kemanusiaan. Ini disebabkan oleh kumpulan pemberontak Houthi gagal melaksanakan resolusi No.2201 Majlis Keselamatan yang menuntut kumpulan itu mengundurkan anggotanya dari institusi kerajaan Yemen dan melibatkan diri dalam rundingan PBB tanpa syarat.