Cari:
PBB Gesa Bawa Pesalah ke Muka Pengadilan
2015-04-05 15:16:06 CRI Cetak

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon semalam mengirim surat kepada Presiden Kenya Uhuru Kenyatta berhubung kejadian serangan di Universiti Kenya dan menggesa supaya membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.

Ban Ki-moon dalam surat itu merakamkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada keluarga mangsa, sekali gus mengutuk keras serangan dahsyat yang menyasarkan golongan muda itu.

Beliau mengulangi sokongan PBB kepada rakyat dan kerajaan Kenya serta terus menghulurkan bantuan kepada negara itu dalam usaha mencegah dan memerangi keganasan dan fahaman ekstrem.

Seramai 148 pelajar terbunuh ketika pasukan tentera Kenya menggempur kumpulan militan Al-Shebab 2 Mac lalu, yang bertindak menawan sebuah universiti di bandar Garissa di timur laut Kenya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China