Cari:
China Sokong Peranan Sukan dalam Pewujudan Pembangunan dan Kedamaian Sosial
2015-04-05 15:55:44 CRI Cetak

Kesemua 193 negara anggota Perhimpunan Agung PBB bersepakat mengisytiharkan 6 April sebagai Hari Antarabangsa Sukan demi Pembangunan dan Kedamaian pada 23 Ogos tahun 2013.

Sempena menyambut Hari Antarabangsa itu, jurucakap Jabatan Pentadbiran Am Sukan Nasional dan Jawatankuasa Sukan Olimpik China menyatakan bahawa PBB menyambut hari antarabangsa itu setiap tahun sejak tahun 2014 atas inisiatif Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa. Tindakan ini bertujuan untuk menegaskan peranan penting yang dimainkan sukan dalam menggalakkan pembangunan dan kedamaian sosial, memerangi diskriminasi sosial, mendorong pewujudan kesamarataan antara lelaki dan perempuan serta memandu gaya hidup yang sihat. Ini merupakan satu lagi aktiviti penting yang dianjurkan Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa selain Hari Olimpik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China