Cari:
AS Mahu Perjanjian Nuklear Iran Tiada Tempoh Tetap
2015-04-07 14:25:48 CRI Cetak

Setiausaha Sumber Tenaga AS, Ernest Moniz berkata perjanjian isu nuklear Iran tiada tempoh tetap dan perlu dipatuhi buat selama-lamanya.

Moniz dalam sidang media di Rumah Putih semalam berkata, perjanjian itu akan menyekat semua saluran pemerolehan senjata nuklear oleh Iran, sekali gus melaksanakan pemeriksaan yang ketat tanpa tamat tempoh terhadap kemudahan nuklear negara itu demi menjamin Iran mematuhi perjanjian berkenaan dalam jangka masa panjang.

Menurut beliau, Rumah Putih menafikan dakwaan terdapat percanggahan pendapat dengan Iran dalam mencari jalan penyelesaian mengenai rangka perjanjian muktamad. Kedua-dua pihak mempunyai "tumpuan yang berbeza" dari segi penjelasan kandungan perjanjian. Moniz mendakwa, penjelasan berkenaan tidak bercanggah dengan dokumen bertulis yang telah dimeterai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China