Cari:
AS Sokong Operasi Ketenteraan Arab Saudi terhadap Yaman
2015-04-08 15:05:55 CRI Cetak

AS mempercepat penghantaran senjata kepada Arab Saudi bagi menyokong operasi ketenteraan negara itu terhadap kumpulan pemberontak Houthi di Yaman.

Timbalan Setiausaha Negara AS, Anthony Blinken selepas menemui pegawai Arab Saudi di Riyadh semalam berkata kepada pemberita, operasi ketenteraan tersebut adalah isyarat yang jelas kepada kelompok bersenjata Houthi dan pengikutnya agar tidak menggunakan kekerasan untuk menggulingkan pemerintah yang sah.

Blinken berkata, selain menyediakan senjata api, AS juga bersedia untuk berkongsi maklumat risikan dengan Arab Saudi dan membentuk mekanisme penyelarasan bersama.

Beliau menekankan pentingnya untuk memperkasakan kerjasama dengan negara-negara Teluk Parsi, antaranya termasuk Arab Saudi pada ketika ini demi menggesa pelbagai pihak di Yaman supaya mematuhi pelan penyelesaian politik yang tercapai sebelum ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China