Bank Dunia (WB) memberi isyarat yang "positif dan mesra" kepada pelan pembinaan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) yang diterajui China.
Gabenor WB, Kim Jim-Yong ketika berucap di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS), Washington DC semalam berkata, pihaknya akan melaksanakan secepat mungkin kerjasama dengan AIIB dan mendorong usaha membasmi kemiskinan di seluruh dunia.
Menurut beliau, AIIB merupakan rakan kerjasama yang berpotensi besar bagi WB untuk membantu mewujudkan matlamat pembasmian kemiskinan. Jika pertubuhan pelbagai hala termasuk AIIB dan Bank Pembangunan Negara BRICS (Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan) dapat bersekutu untuk menangani cabaran yang dihadapi dunia, semua pihak akan memanfaatkan pertumbuhan ekonomi sejagat.