Cari:
Iran Bakal Umum Pelan Tindakan Bersama Terperinci
2015-04-08 15:52:06 CRI Cetak

Anggota Suruhanjaya Dasar Luar Negeri dan Keselamatan Nasional Parlimen Iran, Javad Karimi Qodousi semalam berkata, negara itu akan mengeluarkan secepat mungkin pelan tindakan bersama yang mencakupi penerangan terperinci tentang konsensus yang diperoleh beberapa pihak dalam rundingan nuklear Iran di Switzerland 2 April lalu.

Menurut sumber Agensi Berita Fars (FNA), Javad memetik Menteri Luar Iran, Mohammad-Javad Zarif sebagai berkata, Kementerian Luar akan mengumumkan pelan tindakan itu dalam masa terdekat ini untuk menghilangkan kecurigaan rakyat negara itu terhadap rundingan nuklear antara Tehran dengan enam negara iaitu AS, Britain, Perancis, Rusia, China, Jerman serta Kesatuan Eropah (EU).

Walau bagaimanapun, satu kenyataan bersama yang dikeluarkan kesemua pihak tersebut baru-baru ini menandakan bahawa rundingan tentang isu nuklear Iran menyaksikan kemajuan yang memberangsangkan, namun perbezaan besar yang wujud antara edisi terperinci AS dan edisi ringkas Iran mencetuskan kesangsian orang ramai. Oleh itu, menteri luar negara itu mendakwa bahawa yang ringkas tersebut hanyalah satu kenyataan untuk media.

Sebuah rencana pengarang FNA yang disiarkan sebelum ini berbunyi, wakil perunding Iran harus bersuara menerusi saluran rasmi untuk menafikan edisi AS itu sehingga kecurigaan awam dihilangkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China