Darius, arnab dari Britain diiktiraf sebagai arnab paling besar di dunia oleh Rekod Dunia Guinness. Badan Darius panjangnya lebih 1.32 meter dan beratnya 22 kilogram. Kini, Darius menghadapi pencabar yang hebat, iaitu anak lelakinya yang sepanjang 1.12 meter dan masih berada dalam tempoh membesar selama enam bulan. Oleh itu, anak lelakinya kemungkinan besar akan mencipta rekod baharu.