Cari:
China Tingkatkan Kerjasama OBAOR
2015-04-09 14:30:40 CRI Cetak

Kerajaan China telah mengumumkan Gagasan dan Tindakan Membangunkan Jalur Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 (OBAOR) baru-baru ini. Pegawai kumpulan kerja gagasan dan tindakan berkenaan telah menjawab pertanyatan wartawan mengenai mekanisme dan wadah yang akan diwujudkan oleh China dengan negara-negara terlibat.

Menurut pegawai itu, berikutan dengan globalisasi ekonomi dan integrasi serantau pada tahun-tahun kebelakangan ini, pelbagai mekanisme multilateral, bilateral, serantau dan subrantau turut berkembang pesat. Mekanisme-mekanisme itu telah memainkan peranan positif dalam meningkatkan keefisienan, mengurangkan rintangan perdagangan dan halangan pelaburan. OBAOR bersifat terbuka, inklusif dan pelbagai. China akan bersama-sama dengan negara-negara yang terlibat, menaiktaraf mekanisme dan wadah yang sedia ada supaya menggalakkan kerjasama dalam sektor-sektor utama. Di samping itu, OBAOR juga boleh membantu menggalakkan perkembangan pelbagai mekanisme dan wadah tersebut demi mewujudkan situasi menang-menang kepada semua pihak yang terlibat.

Dari segi mekanisme, China akan berusaha bersama dengan negara-negara terlibat, menggalakkan pemeteraian memorandum persefahaman kerjasama, menyusun rancangan kerjasama bilateral, menyempurnakan mekanisme bilateral, dan memperincikan pelan dan peta garisan pembinaan OBAOR, berdasarkan permuafakatan sama rata dan saling menguntungkan. Berdasarkan mekanisme ini, China akan berusaha untuk menggalakkan pembinaan beberapa projek demonstrasi. Sementara itu, China berharap dapat memanfaatkan mekanisme yang sedia ada demi menggalakkan lebih banyak negara dan kawasan mengambil bahagian dalam pembinaan OBAOR, seperti Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), ASEAN+China, Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), Sidang Asia Eropah (ASEM), Dialog Kerjasama Asia (ACD), Persidangan Pembinaan Interaksi dan Kepercayaan Asia (CICA), Forum Kerjasama China-Arab, Dialog Strategik China-Majlis Kerjasama Teluk, Kerjasama Subkawasan Mekong (GMS) dan Kerjasama Ekonomi Rantau Asia Tengah (CAREC).

Dari segi wadah, memanfaatkan peranan beberapa forum antarabangsa, serantau dan subkawasan yang sedia ada, termasuk Forum Asia Boao, Ekspo China-ASEAN, Ekspo China-Asia Eropah, Forum Ekonomi Eropah-Asia, Rundingan Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa China, Ekspo China-Asia Selatan, Ekspo China-Arab, Ekspo Antarabangsa Barat China, Ekspo China-Rusia, dan Forum Kerjasama Qianhai. China akan terus memberikan sokongan kepada negara-negara terlibat OBAOR memelihara dan mengembangkan warisan sejarah serta menganjurkan Forum Peringkat Tinggi Antarabangsa OBAOR.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China