Cari:
Rundingan, Saluran Kondusif Hadapi Krisis Yaman
2015-04-10 14:06:18 CRI Cetak

Rundingan yang diterajui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dianggap pendekatan yang kondusif untuk menyelesaikan krisis Yaman yang semakin meruncing dalam masa terdekat ini.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, ketika di ibu pejabat organisasi itu di New York semalam berkata, situasi di Yaman kelihatan semakin kritikal berikutan serangan kumpulan militan Houthi serta kempen serangan udara terhadap negara itu oleh Arab Saudi dan negara pakatan. Dunia enggan melihat keadaan huru-hara berulang lagi di Yaman, sebagaimana di Libya dan di Syria sebelum ini.

Beliau mengkritik percubaan kumpulan pemberontak Houthi menggunakan kekerasan untuk menggulingkan pemerintah yang sah kerana melanggar resolusi Majlis Keselamatan, sekali gus menjejaskan komitmen pihak PBB untuk menyelaraskan proses politik.

Ban menekankan, rundingan yang diterajui PBB mampu membantu Yaman kembali ke laluan transformasi serta mengekalkan perpaduan bangsa dan keutuhan wilayah negara itu. Beliau berharap agar pihak-pihak yang terbabit dapat kembali secepat mungkin ke meja rundingan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China