Cari:
IS Bebaskan 216 Tebusan Yazidi
2015-04-10 14:19:49 CRI Cetak

Sebanyak 216 orang penduduk etnik minoriti Yazidi yang kebanyakannya wanita, warga emas dan kanak-kanak dibebaskan oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) Rabu lalu, selepas lapan bulan dijadikan tebusan di utara Iraq.

Menurut pihak berkuasa kumpulan bersenjata Kurdis, Mejar Jeneral Westa Rasul, penduduk etnik Yazidi dibebaskan Isnin lalu di wilayah Nineveh, barat laut Kirkuk, tetapi mereka tidak dapat meneruskan perjalanan ke wilayah yang dikuasai Kurdis sehingga dua hari lepas.

Pembebasan beramai-beramai penduduk etnik Yazidi yang diculik di Nineveh pada tahun lalu itu adalah kumpulan kedua selepas 200 orang yang kebanyakannya warga emas dibebaskan pada Januari lalu.

IS melancarkan serangan dan menguasai wilayah yang luas di utara dan barat Baghdad sejak Jun lalu dan menjadikan penduduk minoriti Iraq tersebut sebagai sasaran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China