Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan pemimpin Cuba, Raul Castro bakal mencatatkan sejarah apabila kedua-duanya bersalam-salaman sempena berlangsungnya Sidang Kemuncak Rantau Amerika di Pusat Konvensyen ATLAPA, di Panama City, Panama semalam.
Pertemuan itu adalah yang pertama sejak Obama dan Raul berjabat tangan ketika pengebumian Nelson Mandela pada Disember 2013.
Dalam pada itu, Cuba turut mencatatkan hari bersejarah susulan pengumuman pada 17 Disember tahun lepas bahawa kedua-dua negara akan memulihkan usaha untuk menjalinkan hubungan diplomatik yang terputus sejak tahun 1961.