Butiran yang membenarkan pemeriksaan dilakukan terhadap kemudahan ketenteraan dan pangkalan peluru berpandu di Iran tidak sepatutnya terangkum dalam perjanjian muktamad mengenai isu nuklear negara itu.
Timbalan Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi semalam menyatakan, pihaknya menentang keras tindakan memeriksa pangkalan ketenteraannya dengan tujuan menyingkirkan segala kecurigaan terhadap program nuklearnya untuk penggunaan ketenteraan.
Sebelum ini, pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah Sayyed Ali Khamenei berkata, kemudahaan ketenteraan Iran tidak patut menjadi bahan perbincangan dalam rundingan nuklear Iran. Dalam pada itu, Timbalan Ketua Turus Tentera Iran, Massoud Jazayeri menunjukkan pendirian yang tegas, terang dan jelas berhubung perkara itu, iaitu negara itu menghalang pemeriksaan terhadap kemudahan ketenteraan dan pangkalan pelurunya.