Sebual pesawat Syarikat Germanwings 4U826 membatalkan perlepasan dari Lapangan Terbang Cologne-Bonn Jerman ekoran ancaman bom semalam. Sejumlah 126 penumpang dan anak kapal telah dipindahkan.
Menurut pengumuman Syarikat Penerbangan Germanwings, Jabatan Polis Persekutuan Jerman mendapat maklumat mengenai ancaman terhadap pesawat tersebut ketika pesawat tersebut sedang membuat persediaan untuk berlepas. Kapten pesawat segera membatalkan perlepasan. Pihak berkenaan sedang menyiasat kes tersebut.