Cari:
China Tingkatkan Kerjasama Perundangan dengan Afrika
2015-04-14 14:51:14 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang, ketika merasmikan Sidang Tahunan ke-54 Pertubuhan Penyelarasan Undang-Undang Asia-Afrika di Beijing menyampaikan lima cadangan untuk merapatkan kerjasama perundangan Asia-Afrika. 
      Li berkata, Persidangan Bandung menetapkan 10 prinsip menangani hubungan antara negara. Dalam situasi yang baharu ini, pelbagai negara patut meneruskan prinsip tersebut dan bersama-sama menggalakkan kedamaian, pembangunan dan keadilan.
      Beliau berpendapat, pelbagai negara patut menggalakkan tatatertib politik antarabangsa yang adil dan rasional, ekonomi global yang terbuka, bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan serantau dan antarabangsa, menghadapi cabaran keselamatan bukan tradisional, menggalakkan pertukaran dan kerjasama dalam kedaulatan undang-undang antarabangsa.
     Li menegaskan, China akan terus menyokong Pertubuhan Penyelarasan Undang-undang Asia-Afrika dan memperuntukan dana khas untuk menggalakkan kerjasama berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China