Mantan Perdana Menteri Yemen, Khaled Mahfoud Bahah mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden baharu di Kedutaan Besar Yemen di Arab Saudi semalam.
Presiden Yemen, Abd-Rabbu Mansour Hadi melantik Khaled Mahfoud Bahah sebagai Naib Presiden merangkap Perdana Menteri negara itu di Riyad, Arab Saudi pada 12 April lalu.
Militan Houthi membebaskan Khaled Mahfoud Bahah yang ditahan di rumah pada 16 Mac lalu.
Menurut penganalisis, pelantikan Khaled Mahfoud Bahah sebagai Naib Presiden akan membantu pelbagai pihak mengadakan dialog dan menyelesaikan krisis melalui saluran politik.