Cari:
Berlin: Situasi di Ukraine Semakin Pulih
2015-04-14 14:03:49 CRI Cetak

Konflik kekerasan yang melanggar perjanjian gencatan senjata di kawasan timur Ukraine semakin berkurangan, Jerman akan terus menjadi pengantara sehingga gencatan senjata secara menyeluruh diwujudkan di timur Ukraine.

Jurucakap Kementerian Luar Jerman semalam menyatakan Menteri Luar Jerman, Frank Walter Steinmeier mengadakan mesyuarat menteri luar dengan rakan sejawatnya dari Perancis, Ukraine dan Rusia di Berlin malam semalam. Mesyuarat tersebut bertujuan untuk mengelakkan berlakunya keadaan "menangguh, menolak atau menghalang" pelaksanaan perjanjian gencatan senjata Minsk. Selain itu, mesyuarat tersebut juga membincangkan isu-isu seperti pemilihan tempatan, bantuan kemanusiaan antarabangsa di Ukraine dan penubuhan wilayah pentadbiran khas Donbas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China