Presiden AS, Barak Obama memaklumkan kepada Kongres semalam bahawa beliau ingin membuang Cuba daripada "senarai penyokong pengganas". Media berpendapat, tindakan tersebut akan menghapuskan halangan besar dalam proses pemulihan hubungan kedua-dua buah negara.
Dalam laporan Obama kepada Kongres dikatakan, kerajaan Cuba tidak memberikan sokongan kepada kegiatan keganasan antarabangsa sejak enam bulan yang lalu dan berikrar tidak akan menyokong kegiatan keganasan pada masa depan. Oleh itu, beliau bercadang untuk membuang Cuba dalam senarai tersebut.