Cari:
Iran Mungkin Terima Sistem Peluru Berpandu Rusia Tahun Ini
2015-04-15 14:33:26 CRI Cetak

Setiausaha Suruhanjaya Keselamatan Tertinggi Iran, Ali Shamkhani semalam menyatakan bahawa Iran berkemungkinan menerima sistem peluru berpandu pertahanan udara S-300 yang diimport dari Rusia pada tahun ini.

Menurut beliau, tindakan ini akan memberikan kestabilan dan memperkukuh lagi kedudukan Iran di rantau berkenaan serta merapatkan hubungan dengan Rusia.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menghubungi Presiden Rusia, Vladimir Putin melalui telefon semalam untuk menyampaikan kebimbangan terhadap tindakan Rusia yang membatalkan larangan eksport sistem peluru berpandu pertahanan udara S-300 kepada Iran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China