Cari:
Jepun dan RoK Siasat Kejadian Pesawat Asiana Airlines
2015-04-15 16:53:44 CRI Cetak

Jepun dan Republik Korea (RoK) telah menghantar pegawai ke Hiroshima untuk menjalankan siasatan terhadap kejadian pesawat Asiana Airlines.

Menurut laman sesawang Asiana Airlines, terdapat 73 penumpang dari 10 buah negara dalam pesawat tersebut, antaranya termasuklah 46 warga Jepun, 9 warga China dan 8 warga RoK. Menurut laporan media Jepun, kejadian tersebut telah mengakibatkan 25 orang cedera. Dalam pada itu, Pejabat Konsulat Jeneral China di Osaka mengesahkan dua warga China cedera ringan dan telah keluar dari hospital setelah menjalani rawatan.

Pesawat Airbus A320 itu berlepas dari Lapangan Terbang Incheon dan tiba di Lapangan Terbang Hiroshima pada pukul 8 malam semalam. Pesawat tersebut terbabas dari landasan tidak lama selepas mendarat. Menurut Agensi Berita Kyodo Jepun, punca kejadian mungkin kerana peralatan pendaratan pesawat tersebut menyentuh kemudahan yang setinggi 6 meter di hadapan landasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China